Masih ramai peniaga tak ambil suntikan tyhpoid

Surinah (kiri) melakukan pemeriksaan ketika operasi di bazar Ramadan Ayer Baloi kelmarin.
Surinah (kiri) melakukan pemeriksaan ketika operasi di bazar Ramadan Ayer Baloi kelmarin.
A
A
A

PONTIAN - Seramai kira-kira 260 dari 433 pengendali makanan yang diperiksa Pejabat Kesihatan daerah ketika operasi di sembilan bazar Ramadan di daerah ini dikesan tidak mengambil suntikan typhoid.

Pegawai Kesihatan Daerah Pontian, Dr Surinah Asan berkata, menerusi operasi dijalankan sejak 7 Mei lalu, sebanyak 215 gerai di bazar Ramadan telah diperiksa dengan 198 gerai mempunyai tahap kebersihan yang sangat memuaskan.

Katanya, aspek kebersihan di gerai bazar Ramadan diberikan perhatian serius memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan pelbagai juadah makanan dan minuman.

“Masih ada peniaga tidak memahami kepentingan suntikan typhoid. Sepatutnya mereka (peniaga) yang terlibat dalam rantaian penyediaan makanan perlu mendapatkan suntikan tersebut.

“Selain itu, masih terdapat pengendali-pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan iaitu seperti tidak memakai tutup kepala, tidak memakai apron dan tidak membawa sijil suntikan,” katanya ketika melakukan tinjauan di bazar Ramadan Ayer Baloi di sini kelmarin.

Menurut Surinah, peniaga makanan dan minuman di bazar Ramadan diingatkan mematuhi semua prosedur operasi standard bagi memastikan makanan yang disediakan tidak tercemar supaya risiko keracunan makanan dapat dikurangkan.

“Makanan perlu ditutup kerana kedudukan gerai terlalu hampir dengan jalan utama dan terdedah kepada habuk dan menghindari lalat.

“Teguran dan pendidikan kesihatan telah diberi. Selain makanan bersih dan selamat, peniaga dinasihatkan supaya makanan dan minuman yang dijual hendaklah berkhasiat tidak terlalu manis atau terlalu masin,” katanya.

Artikel Berkaitan: