Pemain Melaka United cedera kemalangan

Toyota Vellfire dipandu Mohd Faizal terbabas naik ke atas pengadang jalan sejurus kemalangan berlaku.
Toyota Vellfire dipandu Mohd Faizal terbabas naik ke atas pengadang jalan sejurus kemalangan berlaku.
A
A
A

KEMAMAN - Hajat bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan kelahiran Terengganu, Mohd Faizal Muhamad untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarganya di Marang bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan, pagi tadi.

Mangsa yang kini beraksi sebagai pemain pertahanan Melaka United terlibat kemalangan di Kilometer 250.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Plaza Tol Jabor, di sini, itu turut mengakibatkan seorang pesara guru wanita parah manakala anak perempuannya terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketika kejadian Mohd Faizal, 30, yang juga bekas pemain pasukan Terengganu dan T-Team dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kampung Sentol Patah, Marang selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Melaka di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dipandu Mohd Faizal dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu hilang kawalan.

Mohd Faizal yang alami kecederaan pada bahagian kepala dan muka dihantar ke HTAA di Kuantan untuk diberikan rawatan lanjut.
Mohd Faizal yang alami kecederaan pada bahagian kepala dan muka dihantar ke HTAA di Kuantan untuk diberikan rawatan lanjut.

"Vellfire itu kemudian merempuh bahagian belakang sebelah kanan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV yang berada di hadapannya.

"Akibat pelanggaran itu, HRV tersebut berpusing dan terbalik manakala MPV dipandu Mohd Faizal bersendirian terbabas ke atas pengadang besi jalan di sebelah kiri," katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan Mohd Faizal mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala.

Artikel Berkaitan:

"Guru wanita berusia 60 tahun yang juga penumpang hadapan HRV pula dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian dada.

"Tetapi anak perempuannya berusia 24 tahun yang memandu SUV itu tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.

Mohd Said berkata, kedua-dua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk diberikan rawatan lanjut.