Jurutol nyaris maut dirempuh treler

Keadaan pondok plaza tol Lebuhraya Butterworth-Kulim di Kubang Semang yang hampir roboh dirempuh sebuah treler yang terbabas dalam kejadian tengah hari tadi.
Keadaan pondok plaza tol Lebuhraya Butterworth-Kulim di Kubang Semang yang hampir roboh dirempuh sebuah treler yang terbabas dalam kejadian tengah hari tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang jurutol nyaris maut selepas sebuah treler terbabas lalu merempuh plaza tol di Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim di sini tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, ketika kejadian jurutol wanita berusia 30-an itu berada di dalam pondok tambah nilai.

"Akibat daripada rempuhan itu, wanita berkenaan mengalami cedera ringan. Siasatan mendapati, kejadian berlaku apabila muatan barangan lusuh yang dibawa treler itu tersangkut sebelum merempuh pondok tol berkenaan.

"Siasatan mendapati treler itu membawa muatan berlebihan dan tersangkut pada pondok tol sehingga roboh," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, sebahagian runtuhan itu menimpa bumbung sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang lalu ketika itu.

"Kereta tersebut berada di lorong bersebelahan di lorong paling kiri.

"Pemandu kereta tersebut juga hanya cedera ringan manakala pemandu treler tidak cedera," katanya.

Artikel Berkaitan: