Dr Mahathir hadir beri penghormatan terakhir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama orang ramai ketika memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Pekan, di sini, hari ini.

A
A
A

PEKAN - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada jam 11.05 pagi ini bagi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah.

Beliau diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama-sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Perdana Menteri kemudian memberi penghormatan kepada jenazah Almarhum dan bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Kerabat Diraja.

Dr Mahathir kemudian bersalaman dengan hadirin yang hadir dan keluar daripada Balairung istana pada jam 11.10 pagi.

Artikel Berkaitan: