Tak sempat habis lumba haram, mat rempit kena cekup

Polis telah menahan 15 mat rempit yang terlibat dengan aktiviti lumba haram di jalan Kampung Banggol Besi, Tanah Merah semalam. Gambar kecil:Arriz Sham Hamezah
Polis telah menahan 15 mat rempit yang terlibat dengan aktiviti lumba haram di jalan Kampung Banggol Besi, Tanah Merah semalam. Gambar kecil:Arriz Sham Hamezah
A
A
A

PENDANG - Bertindak berdasarkan laporan orang awam, polis telah menahan 15 mat rempit yang terlibat dengan aktiviti lumba haram di jalan Kampung Banggol Besi, Tanah Merah semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, tidak hanya berlumba haram, kesemua yang ditahan juga mempunyai pelbagai kesalahan lain.

"Sejurus tiba di lokasi, polis telah menahan lebih kurang 15 penunggang dan juga pembonceng motosikal.

"Mereka semua telah dibawa ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis daerah Pendang untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arriz, dalam pemeriksaan berkenaan, sebanyak 21 saman telah dikeluarkan kepada mereka atas pelbagai kesalahan.

"Hasil soal siasat, pihak polis mendapati hampir kesemua mereka bukan berasal dari kampung berkenaan mahupun kampung berdekatan," katanya.

Tambah Arriz, pihaknya sentiasa memantau aktiviti sebegini bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku.

"Kita juga sangat berharap ibu bapa turut memantau aktiviti anak mereka agar tidak terlibat dengan kegiatan seperti lumba haram ini," katanya.

Artikel Berkaitan: