PM, isteri sembah takziah atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan sembah takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum ayahandanya.

Dr Mahathir mendoakan roh Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, yang mangkat pagi tadi dicucuri rahmat.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang- orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Dr Mahathir akan menziarahi jenazah Almarhum Sultan Pahang ke-V di Istana Negara pada jam 4 petang nanti.

Sultan Ahmad Shah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: