Penagih curi enjin, bot diberkas

Chee Khoon menunjukkan enjin bot yang ditemui pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
Chee Khoon menunjukkan enjin bot yang ditemui pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang penagih dadah ditahan polis selepas terbabit dalam kes curi sebuah bot dan enjinnya di Jeti Lorong 1 Bagan Sekinchan di sini, 31 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, mangsa yang juga nelayan menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi sewaktu ingin turun ke laut.

Menurutnya, mangsa tiba di jeti itu terkejut apabila bot yang ditambatnya tidak kelihatan,

"Kemudian dua rakannya memberitahu ternampak suspek melarikan bot menggunakan laluan air kira-kira jam 2.45 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Chee Khoon berkata, mangsa bersama rakannya yang berusaha mencari akhirnya menemui bot tanpa enjin kira-kira jam 5 petang di tepi Pantai Parit 4 Sekinchan.

"Mangsa menemui bot terbabit kira-kira lapan kilometer selepas dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan risikan polis dan maklumat awam, sepasukan polis menahan suspek di sebuah rumah Lorong 1 Jalan Bagan Sekinchan, pada 16 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek ditahan pada jam 7. 45 malam kemudiannya mengaku terlibat dalam kes kecurian bernilai RM11, 000 berkenan.

"Dengan tertangkapnya suspek, polis menjumpai enjin bot yang disembunyikan di sebuah rumah di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang," katanya.

Beliau memberitahu, hasil saringan ujian air kencing mendapat suspek yang turut memiliki dua rekod narkotik.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 17 Mei lalu sehingga 23 Mei ini untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.