Peneroka maut kereta dilanggar lori

Anggota bomba menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian, petang semalam.
Attachments area
Anggota bomba menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian, petang semalam. Attachments area
A
A
A

MARAN - Seorang peneroka maut selepas kereta dipandu dirempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 60 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut petang semalam.

Kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Proton Saga dan lori jenis Mitsubishi Fuso menyebabkan isteri mangsa bersama dua anak dan seorang cucunya cedera.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu,mangsa yang memandu Proton Saga itu, Mohd Nor Salim,57, dari Felda Lepar Hilir 3, Gambang maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian berlaku semasa mangsa dan keluarganya dalam perjalanan dari arah bandar Jengka menuju ke Jerantut.

Menurutnya, sebuah lori datang dari arah bertentangan lalu masuk ke laluan kereta yang dipandu mangsa.

"Ia menyebabkan pelanggaran kereta Proton Saga itu secara berdepan menyebabkan kedua-kedua kenderaan terbabit terbabas ke kiri jalan hala Jerantut.

"Akibatnya mangsa maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Aida Alias, 51, bersama dua anaknya, Nor Hafsah, 28, Nor Asiah,22, dan cucunya, Husna Rafiqah Syaabullah, 2, cedera dan seorang lagi cucu mangsa, Izzatul Insyirah Syababullah, 5, tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, pemandu lori berusia 22 tahun bersama kelindannya tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Mayat dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan mereka yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan dan proses sampel air kencing pemandu bersama kelindannya diambil.

"Siasatan lanjut akan diteruskan dan saksi bebas diperlukan bagi membantu siasatan polis.Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya.