Mat Redho terima Anugerah Perdana Belia Negara 2018

ATLET sukan ekstrem dan juga pelakon Mat Redho dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2018, semalam.
Berita itu dikongsi Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan di laman Instagram miliknya.
“Diamanahkan kepada saya untuk digunakan bagi berbakti kepada Negara. Terima kasih semua kerana memilih saya. Alhamdulillah,” tulisnya.
Selain berbesar hati dengan penganugerahan tersebut, Mat Redho turut gembira kerana ia merupakan kali pertamanya berjabat tangan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pengiktirafan itu disampaikan dalam sebuah majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rata-rata pengikut Mat Redho mengucapkan tahniah selain mendoakan dia terus berjaya pada masa akan datang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua
18 Oktober 2026 12:15amNadaka patah hidung sebelum tundukkan Rifdean
17 Oktober 2026 09:33pmAaron-Wooi Yik benam beregu nombor satu dunia, mara final Terbuka Denmark
17 Oktober 2026 04:59pm'ALLAH memberikan sesuatu yang lebih baik'- Jojo
17 Oktober 2026 03:40pmWanita maut tergelincir dari puncak air terjun ketika bersantai bersama rakan
17 Oktober 2026 12:50pmNik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf
17 Oktober 2026 11:06amDua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel
17 Oktober 2026 09:25am'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
17 Oktober 2026 08:10pm- Iklan -- Iklan -
