Mat Redho terima Anugerah Perdana Belia Negara 2018

ATLET sukan ekstrem dan juga pelakon Mat Redho dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2018, semalam.
Berita itu dikongsi Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan di laman Instagram miliknya.
“Diamanahkan kepada saya untuk digunakan bagi berbakti kepada Negara. Terima kasih semua kerana memilih saya. Alhamdulillah,” tulisnya.
Selain berbesar hati dengan penganugerahan tersebut, Mat Redho turut gembira kerana ia merupakan kali pertamanya berjabat tangan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pengiktirafan itu disampaikan dalam sebuah majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rata-rata pengikut Mat Redho mengucapkan tahniah selain mendoakan dia terus berjaya pada masa akan datang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -UniSZA juara keseluruhan SUKUM ke-46, cipta sejarah raih 18 emas
16 Ogos 2026 10:27amTinggalkan final Piala Dunia KL: ISTAF denda lima pemain, tiga pegawai Thailand
15 Ogos 2026 04:52pmTiket F1 di Sepang serendah RM200 untuk pemegang MyKad
14 Ogos 2026 12:27amJojo Ghazali terima darjah kebesaran Ahli Bintang Sarawak
13 Ogos 2026 10:17pmRatusan pelajar keracunan, lauk percuma didakwa berbau busuk
16 Ogos 2026 09:01amPRN Melaka: Abang Dr Akmal Saleh antara 15 calon Bersama
16 Ogos 2026 12:28am- Iklan -- Iklan -
