Mat Redho terima Anugerah Perdana Belia Negara 2018

Mat Redho berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.
Mat Redho berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.
A
A
A

ATLET sukan ekstrem dan juga pelakon Mat Redho dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2018, semalam.

Berita itu dikongsi Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan di laman Instagram miliknya.

“Diamanahkan kepada saya untuk digunakan bagi berbakti kepada Negara. Terima kasih semua kerana memilih saya. Alhamdulillah,” tulisnya.

Selain berbesar hati dengan penganugerahan tersebut, Mat Redho turut gembira kerana ia merupakan kali pertamanya berjabat tangan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengiktirafan itu disampaikan dalam sebuah majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rata-rata pengikut Mat Redho mengucapkan tahniah selain mendoakan dia terus berjaya pada masa akan datang.