Guru lanjut pengajian dapat insentif

Dr Maszlee ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Bayan Lepas hari ini.
Dr Maszlee ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Bayan Lepas hari ini.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memberikan insentif kepada guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau akan meminta sokongan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tujuan tersebut.

Katanya, pihaknya juga akan memastikan guru-guru tidak dibebani dengan tugas-tugas yang membebankan melalui pelbagai usaha yang telah dirangka KPM.

"KPM sedang melaksanakan inisiatif jangka sederhana bagi menangani isu itu pada awal tahun ini dan akan diteruskan sehingga akhir 2019.

"Sebanyak enam inisiatif telah digariskan termasuk pelaksanaan audit SKPMg2 oleh pihak Jemaah Nazir telah dihentikan dan sekolah perlu melaksanakan audit kendiri, pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada waktu persekolahan dan memudahkan sekolah mendapat maklumat melalui analisis peperiksaan awam.

"Selain itu, pembinaan sistem rekod kesihatan murid secara online, memansuhkan ujian aptitud tahun 3 dan peruntukan RM35.2 juta untuk keperluan guru cuti bersalin, cuti sakit dan bercuti melebihi 28 hari," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Dr Mahathir.

Menurut Maszlee, antara inisitif lain yang turut diambil KPM ialah menyediakan perlindungan insurans guru dengan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selepas selesai menyemak dan menggubal prosedur operasi standard keselamatan guru.

Artikel Berkaitan: