Bapa tertidur, anak 5 tahun jatuh balkoni hotel

Rakaman CCTV memaparkan kanak-kanak itu berlegar di ruang balkoni hotel. - Foto Ruk Siam News
Rakaman CCTV memaparkan kanak-kanak itu berlegar di ruang balkoni hotel. - Foto Ruk Siam News
A
A
A

PATTAYA - Anak pegawai Imigresen cedera setelah terjatuh dari balkoni sebuah hotel di sini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Pattaya itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berkenaan terjatuh dari tingkat tinggi hotel yang terletak di Pantai Jomtien.

Kanak-kanak itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan akibat patah tangan dan kaki.

Menurut laporan Ruk Siam News, bapa mangsa, Decha Sukphlam, 43, tertidur akibat kepenatan dan tidak sedar anaknya keluar dari bilik.

Decha membawa anaknya ke hotel itu atas urusan kerja di Pattaya dan katanya, anak itu mengalami masalah berjalan ketika tidur.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak memanjat penghadang balkoni sebuah hotel sebelum terjatuh.

CCTV menunjukkan kanak-kanak itu berlari di koridor dan kelihatan seperti cuba mencari bilik yang didiaminya.

Setelah gagal membuka pintu sebuah bilik, dia kemudian dilihat memanjat penghadang balkoni dan bergantung pada selusur sebelum terjatuh.

Artikel Berkaitan:

Namun media tempatan tidak menyatakan secara tepat lokasi kejadian itu.