Padah lupa tarik brek tangan

Pesawat Canselor Jerman, Angela Merkel dilanggar oleh sebuah van di Lapangan Terbang Dortmund. - Foto Spiegel Online
A
A

DORTMUND - Seorang pekerja lapangan terbang secara tidak sengaja melanggar pesawat Canselor Jerman, Angela Merkel akibat terlupa menarik brek tangan van yang dipandunya.

Dalam kejadian di Lapangan Terbang Dortmund, seorang pekerja wanita yang sedang memandu sebuah van berhenti untuk mengambil gambar pesawat Merkel.

Gara-gara terlalu teruja, dia terlupa untuk menarik brek tangan ketika keluar dari kenderaannya dan menyebabkan van tersebut bergerak ke depan lalu melanggar muncung pesawat.

Merkel yang tidak berada di lokasi ketika kejadian berlaku terpaksa pulang ke Berlin menaiki helikopter. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia