Rumah papan ibu lima anak berubah wajah

Keadaan rumah binaan papan milik keluarga Azidah sebelum dibaik pulih (kiri) dan selepas proses baik pulih.
Keadaan rumah binaan papan milik keluarga Azidah sebelum dibaik pulih (kiri) dan selepas proses baik pulih.
A
A
A

KLANG - Ibu lima anak terharu dan bersyukur apabila rumah keluarga yang dahulunya diperbuat daripada papan berubah menjadi binaan batu selepas dia terpilih sebagai penerima Projek Jiwa Murni, Kementerian Pertahanan.

Azidah Mat Lazim, 57, berkata, dia tidak menyangka, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih sudi membantu walaupun keluarganya bukanlah dari kalangan keluarga tentera sebaliknya orang awam.

Ujar Azidah, dia dan suaminya, Azhar Ishak, 59, pernah membuat permohonan bantuan membaik pulih rumah pada 2017 kerana keadaan rumah mereka yang semakin usang dan rosak.

Menurutnya, bahagian tepi rumahnya sudah agak uzur serta rosak serta tidak sesuai untuk didiami lagi malah keadaan rumah berkenaan yang agak rendah sering dimasuki air ketika hujan lebat.

“Bagi membaik pulih sendiri, kami pula tidak mempunyai modal yang besar untuk berbuat demikian dan kami meminta bantuan Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Mohd Roslee Abd Hamid.

Dari kanan: Azidah bersama Mohd Hafiz (dua dari kanan) dan Mohd Yahya (kiri sekali) ketika berkunjung ke rumah ibu lima anak itu pada Selasa.
Dari kanan: Azidah bersama Mohd Hafiz (dua dari kanan) dan Mohd Yahya (kiri sekali) ketika berkunjung ke rumah ibu lima anak itu pada Selasa.

“Alhamdulillah, hasil usaha Datuk Roslee rumah ini tersenarai untuk dibaik pulih sebelum kerja-kerja membaik pulih dilakukan oleh anggota tentera dan siap sepenuhnya minggu lalu,” katanya.

Ibu lima anak itu ditemui Sinar Harian ketika menerima kunjungan Pegawai Staf 2, Mejar Mohd Hafiz Mohamed Sabilan dan anggota Unit 91 Rejimen Bantuan RAJD diketuai Staff Sarjan Mohd Yahya Mohd Yatim di kediamannya di Sementa, Kapar di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Menurut Azidah, projek berkonsepkan jiwa murni oleh anggota tentera ini wajar diteruskan bagi membantu lebih ramai pihak yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Dalam pada itu, Azidah turut berterima kasih kepada semua anggota tentera yang terlibat kerana mengubah wajah rumahnya daripada binaan papan kepada binaan batu yang lebih teguh.