PM jamin dasar subsidi bersasar tidak menekan rakyat

Anwar semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Anwar semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.
A
A
A

KUALA PUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dasar subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan tidak akan menekan rakyat.

Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, pelaksanaan dasar terbaharu itu dilihat amat mendesak susulan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini mencecah RM81 bilion.

“Dalam perkiraan dan pertimbangan kerajaan termasuk jemaah menteri, subsidi bersasar itu dianggap sangat mendesak kerana jumlah subsidi (ditanggung) kini sudah RM81 billion, tetapi dasar (baharu) tidak akan menekan (rakyat).

“Contoh terbaik ialah Tabung Haji dan kadar elektrik yang tidak akan dikenakan. Walaupun ada kekeliruan yang dibangkitkan seolah-olah kadar elektrik itu dikenakan kepada rakyat biasa, tidak benar sama sekali. Kalau ada mungkin ada sedikit pelanggaran (kepada) peraturan yang ditetapkan.

“Keputusan dari jemaah menteri itu jelas, hanya (dikenakan) kepada golongan berpendapatan tinggi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sementara itu mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR), Anwar menjelaskan, ia tidak hanya bergantung kepada peningkatan faedah di Amerika Syarikat (AS), namun turut melibatkan asas lain.

“Dalam beberapa kali mesyuarat BNM, (memutuskan) tidak menaikkan OPR (kerana) memikirkan soal inflasi rendah dan kesan kepada rakyat.

“Saya fikir dasar itu akan dikekalkan, melainkan kalau keadaan sangat mendesak. Kalau ikut perundangan, dari dahulu memang bidang kuasa dan wewenang BNM,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: