Gempa bumi ragut 15 nyawa, 40 cedera di Afghanistan

Gempa bumi yang melanda wilayah Herat, Badghis, Farah dan kawasan berhampiran di barat Afghanistan pada Sabtu. - Foto AFP
Gempa bumi yang melanda wilayah Herat, Badghis, Farah dan kawasan berhampiran di barat Afghanistan pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

HERAT - Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala 40 lagi cedera dalam gempa bumi yang melanda wilayah Herat, Badghis, Farah dan kawasan berhampiran di barat Afghanistan pada Sabtu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Alam negara dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi melanda barat negara termasuk Herat, Badghis dan Farah dengan beberapa gegaran susulan pada sebelah pagi, lapor Xinhua.

Kenyataan itu menambah bahawa jumlah mangsa dijangka bertambah kerana tiada laporan diterima daripada wilayah Badghis dan Farah setakat ini.

Gegaran berlaku sekitar jam 11.10 waktu tempatan (0640 GMT), memaksa orang ramai meninggalkan rumah mereka.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa China, dua gempa bumi berukurann 6.2 pada skala Richter menggegarkan Afghanistan pada Sabtu.

Banyak kediaman dilaporkan telah rosak atau musnah sama sekali.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan yang terjejas, dan pegawai berkaitan telah diarahkan untuk menyelaraskan usaha dengan agensi bantuan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas. - Bernama

Artikel Berkaitan: