Pusat undi PRK DUN Pelangai dibuka

Sebanyak sembilan pusat pengundian dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi ini bagi PRK DUN Pelangai.
Sebanyak sembilan pusat pengundian dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi ini bagi PRK DUN Pelangai.
A
A
A

BENTONG - Sebanyak sembilan pusat pengundian dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ia melibatkan tiga pusat mengundi yang terletak dalam kawasan Felda iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Chemomoi, Sekolah Kebangsaan (SK)(Felda) Kemasul dan SK (Felda) Sungai Kemahal.

Pusat mengundi lain adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Telemong, SMK Seri Pelangai, SK Pelangai, SKJC Manchis, Dewan Serbaguna Sungai Gapoi dan Balai Raya Kampung Sungai Perdak.

Seramai 312 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertugas bagi proses pengundian berkenaan yang membabitkan 16,383 pengundi berdaftar.

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta. - Bernama

Artikel Berkaitan: