Sepanduk 'Ingat jasa Najib' cetus kekecohan di Ceramah Grand Finale PN

Sekumpulan pemuda dengan sepanduk muncul ketika Tun M mahu berangkat pulang dari Ceramah Grand Finale PN sempena PRK Pelangai, di Simpang Pelangai pada Jumaat.
Sekumpulan pemuda dengan sepanduk muncul ketika Tun M mahu berangkat pulang dari Ceramah Grand Finale PN sempena PRK Pelangai, di Simpang Pelangai pada Jumaat.
A
A
A

BENTONG - Berlaku sedikit kekecohan berhampiran pentas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama Simpang Pelangai sebentar tadi apabila terdapat sekumpulan pemuda dengan sepanduk 'Ingat jasa Najib'.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 15 individu tidak dikenali muncul ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu berangkat pulang setelah menyampaikan ucapan di ceramah yang dibanjiri lebih 1,000 orang itu

Tindakan sekumpulan pemuda itu menimbulkan rasa tidak puas penyokong PN yang didakwa hampir mencetuskan provokasi.

Bagaimanapun, kekecohan tidak berlarutan apabila pihak polis bertindak pantas meleraikan dan mengarahkan dua kumpulan berkenaan beredar.

Pecutan akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menyaksikan Dr Mahathir sepentas bersama pemimpin-pemimpin PN termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program tersebut juga menyaksikan kehadiran lebih ramai penyokong berbanding ceramah-ceramah lain yang berlangsung sepanjang kempen PRK ini.

Artikel Berkaitan: