Rondaan trafik bongkar lori bawa diesel seleweng

Anggota peronda EMPV JSPT Bukit Aman menahan pemandu lori yang
disyaki membawa muatan diesel dalam keadaan mencurigakan di kawasan hentian dan rawat Kinrara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Anggota peronda EMPV JSPT Bukit Aman menahan pemandu lori yang disyaki membawa muatan diesel dalam keadaan mencurigakan di kawasan hentian dan rawat Kinrara, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rondaan trafik sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman membongkar kegiatan sebuah lori yang dipercayai diguna dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi, pada Rabu.

Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, lori yang dipandu lelaki berusia 26 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hentian rehat dan rawat Kinrara.

Mohd Nasri
Mohd Nasri

"Lori itu ditahan kira-kira jam 10 malam oleh anggota Peronda Lebuh Raya (EMPV) Lebuhraya Shah Alam (Kesas) JSPT Bukit Aman yang menjalankan rondaan dan pemantauan trafik.

"Pemeriksaan dijalankan selepas mendapati lori terbabit dalam keadaan mencurigakan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, anggota peronda mendapati terdapat beberapa tong disyaki berisi diesel bersubsidi tanpa kebenaran.

Katanya, pemandu warga tempatan itu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu jenis D selain Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

"Pemandu dan lori telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield untuk proses dokumentasi sebelum diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan: