Malaysian Tigers harus bangkit!

Kapten Malaysian Tigers, Marhan Jalil dijangka sekali lagi menjadi taruhan Arul berdepan Pakistan pada Jumaat. FOTO: Malaysian Hockey Confederation
Kapten Malaysian Tigers, Marhan Jalil dijangka sekali lagi menjadi taruhan Arul berdepan Pakistan pada Jumaat. FOTO: Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

PEMAIN Malaysian Tigers harus bangkit!

Itu cabaran ringkas pengendali skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj kepada para pemainnya selepas misi pasukan tersebut di Sukan Asia Hangzhou 2022 terkandas peringkat kumpulan B apabila mengakhiri cabaran di tempat ketiga.

Keputusan itu juga menyaksikan impian Malaysia Tigers untuk merebut pingat emas yang menawarkan slot automatik ke Sukan Olimpik 2024 tidak kesampaian.

Malah Arul sekali lagi menuntut para pemain negara untuk lebih berdisiplin sepanjang perlawanan menentang Pakistan yang terkenal dengan corak permainan pantas.

“Sejujurnya tiada pilihan lain lagi buat pasukan Malaysian Tigers di pentas Hangzhou 2022 selain menang ke atas Pakistan dalam perlawanan penentuan tempat kelima keenam pada esok (Jumaat).

“Kita telah melakukan persiapan rapi dan cukup bersedia untuk Hangzhou 2022 sebelum ini, namun penyingkiran awal di peringkat kumpulan ternyata mengecewakan semua termasuk rakyat Malaysia.

“Jadi perlawanan menentang Pakistan seharusnya disambut sebagai peluang kedua untuk pemain-pemain bangkit menebus kekecewaan sebelum ini sekali gus mengutip mata ranking kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Setiap pemain Malaysia Tigers perlu memanfaatkan perlawanan menentang Pakistan dan paling penting tidak boleh lagi membiarkan kesilapan kecil menghukum pasukan seperti dalam perlawanan sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Artikel Berkaitan: