Sabah belasah PSM Makassar 5-0

Saddil (kanan) tampil cemerlang dengan tiga bantuan jaringan dalam kemenangan besar Sabah FC. - Foto FB PSM MAKASSAR.
Saddil (kanan) tampil cemerlang dengan tiga bantuan jaringan dalam kemenangan besar Sabah FC. - Foto FB PSM MAKASSAR.
A
A
A

SABAH berjaya meneruskan momentum positif apabila membelasah kelab Indonesia, PSM Makassar 5-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan H Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali pada Khamis.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tampil garang membuka tirai jaringan menerusi Darren Lok yang menanduk masuk hantaran Saddil Ramdani seawal minit keenam.

The Rhinos menambah gol kedua sekali lagi berpunca daripada gelecekkan Saddil memperdaya pertahanan pemain lawan sebelum melambungkan bola untuk ditanduk oleh Gabriel Peres pada minit ke-36.

Pasukan tuan rumah cuba untuk memberikan tentangan menerusi gerakan cantik satu dua sebelum rembatan deras dilepaskan pemain import mereka, Donald Bissa yang sempat ditampan penjaga gol Sabah Damien Lim.

Bersambung separuh masa kedua, Saddil sekali lagi mempamerkan larian lincah dan melakukan hantaran ke dalam kotak penalti untuk membolehkan Darren Lok menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu.

Situasi semakin sukar buat PSM Makassar selepas penjaga gol mereka, Reza Arya Pratama dilayangkan kad merah pada minit ke-57 kerana mengasai Saddil.

Kekurangan 10 pemain itu digunakan sebaik mungkin oleh Sabah menambah gol keempat menerusi sepakan percuma Stuart Wilkin pada minit ke-73 sebelum pemain gantian, Muhammad Farhan Roslan melengkapkan kemenangan Sabah dengan gol kelima pada penghujung perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Sabah kini berada di kedudukan teratas Kumpulan H dengan enam mata.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!