Jepun, Malaysia sedia perkukuh Pelan Kerjasama ASEAN-Jepun MIDORI

Mohamad (tiga dari kiri) ketika menerima kunjungan Miyashita pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 berlangsung di Ibu Negara bermula 2 hingga 6 Oktober.
Mohamad (tiga dari kiri) ketika menerima kunjungan Miyashita pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 berlangsung di Ibu Negara bermula 2 hingga 6 Oktober.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jepun dan Malaysia bersedia memperkukuhkan kerjasama menerusi bidang pertanian, perdagangan aktif dan kerjasama teknikal meliputi Pelan Kerjasama ASEAN-Jepun MIDORI.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, kerjasama berkenaan turut meliputi negara anggota ASEAN termasuk Malaysia berpeluang mendapatkan pendedahan kepada teknologi pertanian Jepun yang moden.

Menurut KPKM, Malaysia menyambut baik usaha berkenaan selaras dengan teras Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang mendukung pemodenan dan pertanian pintar melalui perkongsian atau kolaborasi antarabangsa antaranya dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

"Persetujuan itu dicapai hasil pertemuan Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, TYT Miyashita Ichiro semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) serta Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan pada Rabu.

Miyashita menandatangani buku kunjungan hormat disaksikan Mohamad.
Miyashita menandatangani buku kunjungan hormat disaksikan Mohamad.

"Semasa pertemuan itu juga, Miyashita Ichiro menyampaikan jemputan kepada Mohamad bagi menghadiri International Horticultural Exposition di Yokohama pada tahun 2027," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada pihak Jepun untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin; Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim Ali dan pegawai-pegawai kanan KPKM, serta Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA).

Artikel Berkaitan:

Miyashita (enam dari kanan) bersama delegasinya bergambar bersama Mohamad, Foong Hin dan pegawai tertinggi KPKM.
Miyashita (enam dari kanan) bersama delegasinya bergambar bersama Mohamad, Foong Hin dan pegawai tertinggi KPKM.

Jepun merupakan salah satu rakan dagang Malaysia yang aktif dalam sektor produk pertanian. Nilai dagangan pertanian antara Malaysia dan Jepun mencatatkan peningkatan sebanyak 45.68 peratus iaitu dari RM5.21 bilion pada tahun 2021 ke RM7.59 bilion pada tahun 2022, menunjukkan potensi perdagangan pertanian yang tinggi antara kedua-dua negara

Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 hingga 6 Oktober ini memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia.’

Selaku tuan rumah, Malaysia menyatakan komitmen untuk melipatgandakan usaha memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.