Jambatan Pemberian masih tenggelam

Paras air Sungai Lebir makin surut berbanding Khamis lalu.
Paras air Sungai Lebir makin surut berbanding Khamis lalu.
A
A
A
KUALA KRAI - Jambatan di Kampung Pemberian yang tenggelam sejak Khamis lalu masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Bagaimanapun paras sungai makin surut berdasarkan laporan portal E.Banjir sehingga jam 4 petang tadi di dua sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Lebir di Tualang (25.97) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (19.53)

Penduduk, Nahazeli Ibrahim,53, berkata, paras air makin surut jika tidak hujan di kawasan hulu Kelantan.

"Paras sungai bergantung kepada cuaca di kawasan hulu Kelantan, adakalanya kampung kami tidak hujan, tapi paras sungai meningkat.

"Kami berharap paras sungai makin surut. Penduduk berdepan kesukaran keluar dan masuk ke kampung setiap kali musim tengkujuh," katanya.
Artikel Berkaitan: