AMAF 2023 perkasa sektor makanan, pertanian ASEAN

Foong Hin (tengah) bergambar bersama para delegasi pada majlis perasmian (AMAF) Kali Ke-45 pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
Foong Hin (tengah) bergambar bersama para delegasi pada majlis perasmian (AMAF) Kali Ke-45 pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PELAN Strategik Kerjasama ASEAN dalam Makanan, Pertanian dan Perhutanan bagi tempoh 2016 hingga 2025 mengambil kira konteks global dan serantau yang dipengaruhi oleh pertumbuhan pesat ekonomi, globalisasi dan cabaran perubahan iklim.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pertanian bukan sekadar dilihat sebagai penyumbang sektor ekonomi tetapi juga cara hidup dalam ASEAN.

Menurut Foong Hin, pertanian adalah asas kepada ekonomi 8 hingga 10 negara anggota terlibat.

“Bagi sesetengah negara anggota, pertanian menyumbang lebih 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masing-masing.

"Banyak negara anggota menonjol sebagai pengeluar dan pengeksport utama produk seperti minyak sawit, getah mentah, beras, gula, makanan laut, buah-buahan dan produk perhutanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan ke-45 (AMAF 2023) mewakili Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu di sebuah hotel di sini pada Rabu.

AMAF 2023 yang berlangsung selama lima hari bermula 2 Oktober itu disertai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Artikel Berkaitan:

Foong Hin memukul gomng simbolik kepada perasmian AMAF 2023. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
Foong Hin memukul gomng simbolik kepada perasmian AMAF 2023. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR

Selain itu, Timor Leste turut hadir sebagai negara pemerhati termasuk penyertaan Negara ASEAN Campur Tiga iaitu China, Jepun dan Korea Selatan.

Mesyuarat AMAF yang dihadiri oleh Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN diadakan sekali pada setiap tahun dengan tanggungjawab penganjuran ditetapkan secara penggiliran mengikut abjad negara-negara ASEAN.

Jelasnya, kemampanan sektor pertanian dan perhutanan penting untuk kehidupan di ASEAN yang terdedah dengan ancaman perubahan iklim, penangkapan ikan tanpa had, amalan pertanian yang tidak mampan, pembaziran makanan dan banyak lagi.

“Adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk melindungi sektor ini yang menjadi punca sumber rezeki dan pendapatan dengan menguruskan sumber terhad yang ada secara secara bertanggungjawab,” katanya.

Tambahnya di peringkat domestik, Malaysia telah menjadi penyokong teguh inisiatif ASEAN.

Sebahagian delagasi yang hadir pada perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri ASEANMengenai Pertanian dan Perhutanan ke-45 (AMAF 2023) pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Sebahagian delagasi yang hadir pada perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri ASEANMengenai Pertanian dan Perhutanan ke-45 (AMAF 2023) pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Dalam sektor pertanian dan perhutanan, kami sedang melaksanakan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) dan Dasar Perhutanan Malaysia 2021.

“Dasar ini bertujuan bukan sahaja untuk memacu perubahan dalam melindungi sektor pertanian dan perhutanan, ia juga melibatkan masa depan sumber yang mampan demi kesejahteraan petani dan pengeluar Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai peranan ASEAN, Foong Hin berkata, sejak penubuhannya pada tahun 1967, ASEAN telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa didorong oleh komitmen untuk membuka perdagangan.

“Di rantau ini, perdagangan bukan hanya satu cara untuk kemajuan kerana ia adalah asas pembangunan kolektif kita.

“Dengan gabungan KDNK sebanyak AS2.55 trilion dan pasaran kira-kira 650 juta pengguna, termasuk kelas pertengahan yang sedang berkembang, ASEAN bersedia untuk menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030, berdiri bersama Amerika, China dan Eropah,” ujarnya.

Tambahnya, kerjasama dalam pertanian dan makanan bermula sejak tahun 1968, bermula dalam pengeluaran dan pembekalan makanan.

“Apabila permintaan berkembang, bidang kerjasama ini diperluaskan untuk merangkumi pertanian dan perhutanan pada tahun 1977.

“Hari ini, usaha kerjasama ASEAN merangkumi bidang kritikal seperti kemampanan, kebersihan dan fitosanitari, keselamatan makanan, makanan halal, tanaman, ternakan, latihan pertanian dan pengembangan koperasi pertanian, dan inisiatif mempromosikan pertanian dan hasil hutan,” jelasnya.