Lelong 11 tanah: MB Kelantan minta rujuk PMBK

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob enggan mengulas mengenai aset kerajaan negeri iaitu 11 tanah yang diiklankan untuk lelongan, dua hari lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, isu itu perlu dirujuk dengan PMBK.

"Itu kena rujuk dengan pihak PMBK," katanya pada sidang akhbar Majlis Penyampaian Biskut Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan daripada 14 agensi di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu di sini hari ini.

Isnin lalu, Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan mengeluarkan iklan notis pengisytiharan jualan lelongan aset PMBK melalui akhbar tempatan membabitkan 11 lot tanah di Bandar Baru Tunjong.

Mengikut notis itu, lelongan awam merangkumi kira-kira 12.6 hektar tanah dibuat pada 27 Mei ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu, akan dijual dengan harga rizab bermula RM66.7 juta.

Ia membabitkan lapan tanah komersial dan masing-masing satu tanah kediaman, pencawang elektrik serta tapak tangki air.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: