Yakult anjur seminar kesedaran tentang kanser

Bantu tingkatkan kesedaran awam mengenai risiko kanser payu dara dan kanser usus besar.

A
A
A

Siew Ling (tiga dari kanan) melancarkan perasmian “Seminar Kanser: Kesan Awal, Elak Mudarat” di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu pada Rabu.
Siew Ling (tiga dari kanan) melancarkan perasmian “Seminar Kanser: Kesan Awal, Elak Mudarat” di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu pada Rabu.

KUALA TERENGGANU - Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult menganjurkan program seminar kepada komuniti di daerah ini untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai risiko kanser payu dara dan kanser usus besar.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Sains, Yakult Malaysia Sdn Bhd, Lim Siew Ling berkata, program yang bertajuk “Seminar Kanser: Kesan Awal, Elak Mudarat” itu merupakan antara inisiatif pihaknya untuk meningkatkan kesejahteraan awam menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kami berharap dapat meningkatkan tahap kesedaran penduduk Malaysia mengenai risiko kanser payu dara dan kanser usus besar selain ingin menekankan tentang pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.

“Usaha ini juga selaras dengan falsafah Yakult yang menekankan penggunaan probiotik iaitu bakteria berfaedah bagi membantu meningkatkan fungsi usus,” katanya kepada Sinar Harian dalam seminar itu yang diadakan di Dewan Seri Budi, di sini pada Rabu.

Siew Ling (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Biro Puspanita Terengganu, To' Puan Dr Rohayaty Muda sempena“Seminar Kanser: Kesan Awal, Elak Mudarat”di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu pada Rabu.
Siew Ling (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Biro Puspanita Terengganu, To' Puan Dr Rohayaty Muda sempena“Seminar Kanser: Kesan Awal, Elak Mudarat”di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu pada Rabu.

Mengulas lanjut, Siew Ling berkata, seminar kali ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menambah pengetahuan mengenai kanser, tetapi turut menawarkan aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu selain pemberian kit iFOBT (immunochemical Fecal Occult Blood Test) kepada para peserta yang berusia 40 tahun ke atas.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, kita juga berharap para peserta dapat menyebarkan tentang kebaikan amalan meminum Yakult,” ujarnya yang turut memaklumkan seminar tersebut diadakan dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

Sementara itu, seorang peserta, Mariam Mohamad, 58, menyifatkan usaha Yakult itu perlu diteruskan sebagai acara tahunan kerana memberi kesedaran tentang penting dalam menjaga pemakanan dan kesihatan.

Siew Ling (tengah) bersama para peserta yang mengikuti seminar mengenai kanser di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu pada Rabu.
Siew Ling (tengah) bersama para peserta yang mengikuti seminar mengenai kanser di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu pada Rabu.

“Seminar ini memberi kesedaran kepada saya untuk ubah gaya hidup dengan mengambil makanan lebih berkhasiat dan sihat selepas ini. Sebelum ini, saya sering amalkan minum Yakult kerana minuman itu sangat bagus membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat,” ujarnya.

Seminar sehari itu disertai 200 peserta yang terdiri daripada penduduk setempat, pihak PKD Kuala Terengganu serta pelbagai organisasi kerajaan dan swasta.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my