Pochettino pertahan Mudryk

Mudryk (kanan) masih sedang cuba menyesuaikan diri di Stamford Bridge. - Foto AFP
Mudryk (kanan) masih sedang cuba menyesuaikan diri di Stamford Bridge. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Mauricio Pochettino menjelaskan Mykhailo Mudryk sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di England dan memenuhi potensinya sebagai pemain 'unik' selepas permulaan yang kurang memuaskan dalam kariernya di Stamford Bridge.

Pemain Ukraine itu berpindah dari Shakhtar Donetsk pada Januari dengan bayaran £88.5 (RM507.45 juta), namun dia gagal untuk berada dalam kesebelasan utama secara konsisten selain masih belum menjaringkan gol pertama buat The Blues.

Ia adalah kali pertama pemain berusia 22 tahun itu menjalani kehidupan di luar Ukraine dan Pochettino menyatakan bahawa pemain muda seperti Mudryk memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan budaya baharu apabila berpindah ke luar negara.

“Anda membayar wang yang banyak dan mereka akan menghadapi suasana berbeza apabila datang ke tempat baharu. Mereka tidak akan tampil hebat secara tiba-tiba pada usia muda.

"Dia akan menyesuaikan diri, dan kami akan membantu mereka untuk menyelesaikannya. Perkara yang paling sukar adalah untuk memahami apa yang mereka perlukan untuk rasa selesa dan mempamerkan bakat yang dimiliki.

“Mudryk kini cuba untuk menjadi lebih terbuka, menyesuaikan diri dan lebih terlibat dalam setiap situasi. Bukan sahaja di atas padang tetapi di luar padang juga.

"Saya fikir dia sedang berusaha untuk cuba memahami dengan lebih baik apa yang dimaksudkan untuk bermain seperti satu pasukan," katanya.

Artikel Berkaitan: