Rakyat Malaysia di Turkiye diminta berjaga-jaga - Wisma Putra

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat negara ini terlibat dalam insiden tersebut.
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat negara ini terlibat dalam insiden tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di Turkiye digesa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi perjalanan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan susulan serangan pengeboman di Ankara pada Ahad.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat negara ini terlibat dalam insiden tersebut.

"Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk maklumat lanjut," kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Wisma Putra berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di hadapan bangunan kementerian yang dilakukan pengganas itu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap dua pegawai polis.

"Malaysia bersolidariti dengan Turkiye dan masyarakat antarabangsa menolak sebarang tindakan keganasan bertujuan untuk mengganggu proses politik yang sah," ujar Wisma Putra.

Dalam kejadian yang berlaku jam 9.30 pagi, dua pengganas maut manakala dua pegawai polis cedera ringan.

Sebelum ini, media Turkiye melaporkan bahawa letupan berlaku berhampiran bangunan kerajaan termasuk Parlimen dan kementerian.

Artikel Berkaitan: