Sila log masuk terlebih dahulu.

Zahid ingatkan pembangkang jangan timbulkan kekeliruan

30 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 30 SEPTEMBER 2023

Pembangkang diingatkan agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa yang menjalankan tugas sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan yang dibangkitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menimbulkan kekeliruan.

"Saya kenal beliau secara peribadi dan beliau akan menggunakan apa sahaja, bukan hanya untuk menimbulkan situasi bagi menyerang, tapi mewujudkan kekeliruan," katanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/281679/berita/politik/prk-pelangai-jangan-persoal-profesionalisme-polis---zahid-hamidi

Muzik: www.bensound.com