Kes rasuah pegawai kanan KSM: SPRM tunggu keputusan TPR

Tan Sri Azam Baki
Tan Sri Azam Baki
A
A
A

KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih menunggu keputusan lanjut daripada pihak TPR.

"Kes itu telah dikemukakan kepada TPR dan kita masih lagi menunggu keputusan dari mereka.

"Kita telah siapkan siasatan dalam tempoh dua bulan lepas dan kita masih tunggu dari TPR," katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini pada Sabtu.

Pada Mei lalu, media melaporkan Sivakumar mengesahkan bahawa lima pegawainya yang disiasat SPRM sudah ditamatkan kontrak.

Sivakumar dilaporkan berkata, pemecatan lima pegawainya itu dilakukan bagi memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar.

April lalu, SPRM menahan dua pegawai kanan Sivakumar membabitkan isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Artikel Berkaitan: