Anggota polis antara ditahan larikan lelaki

Lima anggota polis antara enam individu diberkas dipercayai terlibat melarikan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai makan di Desa Petaling, di sini pada Selasa. - Gambar hiasan
Lima anggota polis antara enam individu diberkas dipercayai terlibat melarikan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai makan di Desa Petaling, di sini pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima anggota polis antara enam individu diberkas dipercayai terlibat melarikan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai makan di Desa Petaling, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan dibuat mangsa yang merupakan warga tempatan.

"Siasatan awal dijalankan membawa kepada tangkapan enam lelaki warga tempatan yang mana lima daripadanya merupakan anggota polis.

"Kesemua suspek yang diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Cheras itu berumur lingkungan 27 hingga 42 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, ujar beliau, siasatan berkaitan kes berkenaan masih lagi dijalankan.

"Siasatan terperinci sedang diteruskan dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 365, 342 dan 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.