Rakyat Malaysia jimat RM27 juta dengan GrabFood

Saver Delivery telah membantu para pengguna berjimat-cermat

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - Pengguna GrabFood di Malaysia telah berjaya menjimatkan perbelanjaan mereka lebih RM27 juta pada 2023 dengan hanya menggunakan Saver Delivery.

Bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara juga, Saver Delivery telah membantu pengguna berjimat lebih daripada RM81 juta, sehingga Ogos 2023.

Mengikut statistik, Grab telah menyelesaikan kira-kira 80 peratus lebih banyak penghantaran Saver Delivery pada bulan Ogos 2023 berbanding bulan Mac 2023.

Sebahagian daripada jumlah ini dicapai selepas pelancaran pilihan penghantaran Saver yang merangkumi lebih banyak bandar di Asia Tenggara.

Walaupun masa yang diambil untuk penghantaran adalah lebih panjang, pengguna di Malaysia dan di seluruh rantau berpuas hati dengan pesanan mereka.

Daripada pesanan yang telah diberi ulasan, sekurang-kurangnya 96 peratus daripada rakan penghantar telah menerima penilaian 5 bintang.

Rakyat Malaysia memang sentiasa mencari tawaran yang hebat. Maka tidak hairanlah negara yang paling banyak memilih Saver adalah Malaysia, membentuk sekitar satu pertiga daripada jumlah pesanan makanan.

Artikel Berkaitan:

Ini diikuti dengan Singapura dan Filipina berdasarkan jumlah penghantaran Saver bagi negara-negara ini.

Berkhidmat kepada lebih ramai rakyat Malaysia

No Image Caption



Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Hassan Alsagoff, berkata, para pengguna pada hari ini semakin biasa dengan cara hidup memesan makanan, memperkukuhkan pilihan penghantaran dan membolehkan Grab untuk memberi perkhidmatan kepada pelbagai jenis pengguna.

“Saver Delivery memperluaskan lingkupan pengguna yang kami layani dengan mengurangkan caj penghantaran, sambil membantu memudahkan akses kepada perkhidmatan penghantaran makanan.

“Pilihan lain yang ditawar adalah berdasarkan prinsip yang sama, setiap satu berlabuh kepada pemacu utama yang difikirkan oleh pengguna apabila mereka memesan makanan.

“Matlamat kami adalah untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira di mana mereka berada, dan dalam pelbagai cara yang kami boleh iaitu daripada mereka yang lebih mengutamakan bajet kepada mereka yang mengutamakan kelajuan, dan banyak lagi,”katanya.

Menurutnya, Grab sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai lebih kepada semua pengguna termasuk pelanggan, rakan penghantar dan rakan pemandu, serta rakan pedagang.

“Baru-baru ini kami telah mengemaskini aplikasi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas bagi setiap pesanan termasuk pemaparan caj penghantaran yang telah ditetapkan bagi setiap pengguna dan pemaparan pesanan perjalanan dan penghantaran mereka dalam masa nyata,”katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Saver Delivery, termasuk bagaimana ia digunakan oleh pengguna di negara lain, sila lawati blog rasmi Grab, Inside Grab.