Sharul Aimy raih gangsa

Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa dalam acara melombol di temasya Sukan Asia Hangzhou, pada Jumaat.
Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa dalam acara melombol di temasya Sukan Asia Hangzhou, pada Jumaat.
A
A
A

ATLET gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam berjaya meraih gangsa dalam acara melombol di temasya Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat.

Kejayaan itu juga cukup manis menamatkan penantian negara meraih kilauan pingat selepas 17 tahun dalam acara tersebut.

Atlet berusia 22 tahun dari Terengganu itu meraih 14.466 mata untuk mengakhiri saingan di kedudukan ketiga di belakang pemenang pingat emas dari Jepun, Wataru Tanigawa (15.016 mata) dan pemenang perak, dari Iran Mahdi Olfati (14.783 mata)

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam gimnastik artistik melalui Ng Shu Wai yang meraih perak di Sukan Asia 2006 di Doha.

Artikel Berkaitan: