Mia Nasir bakal akhiri zaman bujang

Pelakon Mia Nasir
Pelakon Mia Nasir
A
A
A
PELAKON, Mia Nasir mendedahkan dia bakal mengakhiri zaman bujang bersama seorang jejaka yang mahu dikenali sebagai Mr Adam, seorang ahli perniagaan, 29, sekitar penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Adik kepada Anzalna Nasir itu juga memberitahu tiada sebarang majlis pertunangan akan dilangsungkan kerana mereka sudah mengenali satu sama lain lebih dari tiga tahun.

"Saya dah lama menantikan hasratnya itu dan akhirnya dia nyatakan depan keluarga dia, jadi saya teruja dan gembira sangat.

"Malah dia pun sudah berjumpa dengan keluarga saya tahun lalu.

"Tapi kami akan terus melangsungkan perkahwinan dan tak nak bertunang lah sebab kami pun sudah kenal lama," ujar pelakon berusia 28 tahun itu.

Mia ditemui pada majlis iftar sempena Hari Ibu anjuran The Calla di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Menurut pelakon Dendam Aurora dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu itu, mereka mula berkenalan sekitar tiga tahun lalu menerusi Facebook dan perjumpaan kali pertama adalah pada bulan Ramadan.

Dalam perkembangan lain, Mia pada bulan puasa ini sibuk dengan pengurusan bisnes sendiri iaitu Anzel Hair.

Artikel Berkaitan: