Rosakkan rumah jiran kerana ditinggal kekasih

PASURUAN - Gara-gara ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki di Indonesia mengamuk lalu melampiaskan kemarahan dengan merosakkan rumah beberapa jirannya.
Gelagat pemuda dikenali MAP, 23, dari Dusun Sumberingin II, Desa Sumbersuko, Gempol, Kabupaten Pasuruan turut menjadi tular di media sosial.
Rakaman video itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di atas bumbung rumah dan melemparkan objek ke arah rumah-rumah jirannya ketika kejadian pada Selasa lalu.
"Pada mulanya, MAP keluar dari kediamannya dalam keadaan marah. Ketika sudah berjalan sejauh 100 meter, dia memanjat tembok secara tiba-tiba dan naik ke rumah jirannya sambil membawa batu," ujar jurucakap polis, Saiful Ma'arif.