Kualiti kerja rendah punca jalan rosak semula - Shahelmey

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Shahelmey
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Shahelmey
A
A
A

KOTA KINABALU - Kualiti kerja kontraktor daripada pihak ketiga yang rendah dipercayai punca laluan di Jalan Gum-Gum, Sandakan, rosak walaupun jalan raya itu telah ditambah baik sebelum ini.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perkara yang ditularkan di media sosial mengenai jalan rosak itu telah diambil maklum oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Sebenarnya, jalan tersebut sebelum ini telah melalui kerja pelebaran, namun dilakukan oleh pihak ketiga.

"Bukan disebabkan guna bahan tidak berkualiti, tetapi kemungkinan kualiti kerja yang rendah semasa buat kerja pelebaran itu dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.