'Saya tidak akan berganjak walau seinci' - Akmal

Muhamad Akmal Saleh
Muhamad Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan kuasa yang dimiliki beliau bukan untuk diri sendiri sebaliknya demi kepentingan rakyat.

Beliau turut menyatakan bahawa tidak akan berganjak walau seinci untuk mempertahankan hak rakyat dalam isu bekalan beras tempatan.

“Kamu mahu ‘berperang’? Teruskan,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Akmal pada Rabu menangiskan kritikan yang dilontarkan oleh bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker kononnya membuat ugutan untuk membatalkan lesen pengilang sekiranya tidak mahu menjual beras tempatan dengan harga ditetapkan kerajaan.