Sila log masuk terlebih dahulu.

Bunuh rakan, tiga lelaki berdepan hukuman mati

27 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 27 SEPTEMBER 2023

Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, pada Rabu, atas pertuduhan membunuh rakannya pada 10 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh A A Dinesh; R C Veeraganeish dan V Sasikumar masing-masing berusia 25 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadap mereka dihadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, mereka didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R.Darvnrajh di tepi jalan berdekatan kebun kelapa sawit Kemuning, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, antara jam 5.24 hingga 9 pagi, pada 10 September lalu.

Artikel:https://bitly.ws/VNoV

Muzik: Elevate dari bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa