RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 4 Oktober
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama