RoS pantau pertubuhan gugat kententeraman awam

Mohd Nawardi (tengah) menyampaikan replika cek GPPK kepada salah seorang wakil pertubuhan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
Mohd Nawardi (tengah) menyampaikan replika cek GPPK kepada salah seorang wakil pertubuhan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) melakukan pemantauan terhadap beberapa pertubuhan yang dikesan terbabit dalam kegiatan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Ketua Pengarahnya, Mohd Nawardi Saad berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyalurkan dan berkongsi maklumat mengenai kegiatan itu sekali gus memantau aktiviti mereka.

Menurutnya, perbuatan yang didakwa menganggu keselamatan dan ketenteraman awam itu dikesan menerusi program pemutihan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu bagi memastikan semua pertubuhan bergerak aktif dan positif.

"Kalau ada persatuan-persatuan yang bergerak dan telah dibuktikan boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan sebenarnya persatuan itu boleh disenarai hitamkan.

"Di bawah kuasa menteri diharamkan dan tidak boleh didaftarkan ia bergerak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

Jelas beliau, dalam tempoh itu juga lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan yang berdaftar telah disenarai hitam serta dibatalkan pendaftarannya kerana didapati mereka tidak lagi aktif, wujud isu-isu pertikaian dalaman, selain berlaku pelanggaran undang-undang ditetapkan RoS di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Malah katanya, terdapat sebuah parti politik yang telah dibatalkan pendaftaran baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Parti politk sekarang ada 69 dan baru-baru ini satu yang dibatalkan kerana ada pertikaian," katanya lagi.