Sembunyi kamera: Airbnb keluarkan akaun pengendali inap desa

Tular di media sosial mengenai pasangan dari China menginap di sebuah tempat telah menemui kamera tersembunyi dari salah satu soket di bilik mereka.
Tular di media sosial mengenai pasangan dari China menginap di sebuah tempat telah menemui kamera tersembunyi dari salah satu soket di bilik mereka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan Airbnb telah bertindak mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan susulan dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dinding di mana mereka menginap.

Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Amanpreet Bajaj dalam e-mel kepada Bernama berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

"Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami telah memberikan sokongan kepada tetamu kami,” katanya.

Amanpreet mengulas laporan Bernama pada Ahad lepas yang menyebut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dnding di sebuah inap desa di mana mereka menginap.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC negeri dan agensi berkaitan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan itu yang didedahkan di platform media sosial Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai, pada 14 Sept lepas sebelum dikongsi oleh portal berita tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: