Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara

Vell Paari
Vell Paari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelantikan semula berkuat kuasa 2 September lepas sehingga 1 September 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau dilantik sebagai Senator buat kali pertama pada 2 September 2020.

Dalam masa sama, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari ketiga sidang khas Dewan Negara bagi membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada Vell Paari.

Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara untuk meningkatkan kualiti perbahasan dan tidak dipengaruhi oleh apa-apa keadaan politik semasa.

Sidang hari ini berlangsung dengan kementerian berkaitan akan menjawab persoalan yang dibangkitkan 44 Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian membahaskan KSP RMK12 selepas dibentangkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada 20 September lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: