Mangsa banjir di tiga negeri kekal pagi ini

Jumlah mangsa banjir di Perak, Sabah dan Sarawak kekal dengan 274 orang yang ditempatkan di tiga PPS sehingga 9 pagi Isnin. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di Perak, Sabah dan Sarawak kekal dengan 274 orang yang ditempatkan di tiga PPS sehingga 9 pagi Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak, Sabah dan Sarawak kekal dengan 274 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 pagi Isnin.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah di daerah Kerian ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Changkat Lobak.

Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak pula sehingga kini masih tidak boleh dilalui kerana keadaan air yang masih belum surut sepenuhnya.

Di Sabah, 224 mangsa daripada 70 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan.

Di Sarawak pula, seramai 12 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui. - Bernama

Artikel Berkaitan: