Selangor perhebat program perpaduan di semua peringkat

Rizam (tengah) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang pada Program Hari Terbuka PPD Kuala Selangor 2023 di Tapak Parkir Lotus's Kuala Selangor pada Isnin.
Rizam (tengah) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang pada Program Hari Terbuka PPD Kuala Selangor 2023 di Tapak Parkir Lotus's Kuala Selangor pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor akan memperhebatkan program berbentuk perpaduan di semua peringkat dalam usaha memupuk semangat penyatuan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Exco Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional, Datuk Rizam Ismail berkata, Selangor sebagai sebuah negeri paksi ekonomi negara menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa dan agama untuk bekerja serta menetap di negeri ini.

"Sudah pasti program perpaduan di negeri Selangor perlu kerap dilaksanakan dan ini membolehkan masyarakat majmuk saling bersatu-padu bagi mencapai keharmonian, walaupun wujud kepelbagaian latar belakang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor 2023 di Tapak Parkir Lotus's Kuala Selangor pada Isnin.