PRK Pelangai: Ada bank, balai bomba di sini? - Cikgu Kasim

Kasim
Kasim
A
A
A

BENTONG - Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Kasim Samat menyifatkan penduduk DUN itu sepatutnya menikmati perubahan pembangunan yang lebih besar sejak kepimpinan Tan Sri Adnan Yaakob lagi.

Menurutnya, kawasan berkenaan sepatutnya lebih membangun apatah lagi ia pernah diwakili oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam tempoh yang agak lama.

"Saya nak sebut, kalau menteri besar yang jadi YB sini sepatutnya lebih lagi pembangunan yang kita harapkan.

"Ada bank di sini? Stesen minyak koperasi (pun) punya...balai bomba ada?" katanya ketika Ceramah Umum PN DUN Pelangai di Felda Chemomoi pada Ahad.

Adnan yang juga bekas pemimpin UMNO telah berkhidmat selama 36 tahun sebagai ADUN Pelangai dan 19 tahun sebagai Menteri Besar Pahang.

Sementara, Kasim turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sejak dahulu yang melakukan pembangunan serta perubahan demi perubahan di DUN Pelangai.

Sambil berkongsi nostalgia mengharungi kesukaran hidup masa lalu, Kasim mengakui perubahan yang dilakukan kepimpinan dahulu memberi keselesaan pada hari ini.

"Terima kasih kerajaan terdahulu, YB kita yang terdahulu atas pembangunan yang telah diberi pada kampung kita," katanya.

Artikel Berkaitan: