Kepulan asap 'bantu' gol Ronaldo

Ronaldo meraikan jaringannya ketika menentang Al-Ahli. - Foto: AFP
Ronaldo meraikan jaringannya ketika menentang Al-Ahli. - Foto: AFP
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo memanfaatkan kelemahan pertahanan lawan dan kepulan asap untuk meletakkan Al-Nasr meraih kemenangan 4-3 menentang Al-Ahli dalam Liga Pro Saudi.

Ronaldo membuka tirai jaringan seawal minit keempat menentang pasukan Al-Ahli yang turut dibarisi Roberto Firmino, Riyad Mahrez dan Allan Saint-Maximin.

Penyerang Portugal itu menyambut hantaran Sadio Mane sebelum melepasi pertahanan lemah Al-Ahli dan melepaskan rembatan dalam kepulan asap yang turut membataskan penglihatan penjaga gol lawan untuk gol pertamanya dalam perlawanan itu.

Dia kemudian menemui jaringan sekali lagi pada minit ke-52 manakala rakan sepasukan Anderson Talisca turut menyumbat dua gol memastikan kemenangan Al-Nassr.

Gol Al-Ahli pula disumbangkan Franck Kessie pada minit ke-30, penalti Riyad Mahrez (m-50) dan Feras Albrikan (m-87).

Ronaldo kini mempunyai lapan gol dalam lima penampilan dan membantu Al-Nasr meraih kemenangan dalam empat perlawanan yang membawa mereka kembali ke perebutan kejuaraan.

Mereka kini hanya berada tiga mata di belakang pasukan kendalian Nuno Espirito Santo iaitu Al Ittihad yang kini sedang mendahului liga.

Artikel Berkaitan: