Penjaga anjing K9 'Blake' peluk Islam

Salbuddin saat mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu pada Jumaat - Tangkap layar akaun TikTok @iraqmantul
Salbuddin saat mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu pada Jumaat - Tangkap layar akaun TikTok @iraqmantul
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas lebih 72 jam negara kehilangan anjing pengesan yang telah banyak berjasa dalam misi menyelamat, dikenali sebagai Blake, kini penjaganya, Salbuddin Salleh pula membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada Jumaat.

Perkara tersebut dikongsikan melalui satu hantaran di akaun TikTok @iraqmantul bersama video yang menunjukkan Salbuddin, 34, sedang melafazkan kalimah syahadah pada ketika itu.

Video berkenaan turut diletakkan dengan kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah’.

Penghijrahan Salbuddin yang juga anggota bomba Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu meraih reaksi positif daripada netizen menerusi ruangan komen.