Kim Swee mahu Sabah lebih tajam

Darren Lok meledak dua gol dalam kemenangan ke atas Hougang. FOTO: SABAH FC
Darren Lok meledak dua gol dalam kemenangan ke atas Hougang. FOTO: SABAH FC
A
A
A

SABAH FC mungkin boleh menang dengan jaringan lebih besar sekiranya dapat memanfaatkan deretan peluang terhidang ketika menewaskan Hougang United 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H, Piala AFC 2023 di Stadium Likas pada Khamis.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, ketumpulan jentera serangan antara elemen yang akan diperbaiki untuk memastikan The Rhinos mampu melangkah jauh dalam aksi Piala AFC itu.

"Satu permulaan positif dan kita tahu keadaan cuaca atau padang yang tidak begitu baik, tetapi, kita dapat keputusan yang kita inginkan.

"Tetapi, banyak lagi yang kita perlu perbaiki daripada segi penyudah. Ini penting sekiranya kita mahu layak ke peringkat seterusnya," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Sabah bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi tandukan Gabriel Peres sebelum Darren Lok menggandakan kedudukan pada minit ke-38.

Hougang cuba merapatkan kedudukan melalui jaringan Kazuma Takayama pada minit ke-61, namun Sabah memastikan kemenangan bergaya sekali lagi menerusi ledakan Darren Lok dua minit kemudian.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memuji disiplin tinggi yang dipamerkan para pemainnya untuk menafikan kebangkitan yang mahu dicipta Hougang.

"Pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi selepas dibolosi. Namun, penting untuk kita tidak mengambil mudah apabila mendahului," katanya.

Artikel Berkaitan: