Lelaki mengaku salah rogol adik ipar usia 11 tahun

Tertuduh (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lalu.
Tertuduh (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun dan tidak bekerja membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu merogol kanak-kanak berkenaan yang ketika itu berusia 11 tahun 8 bulan di sebuah rumah kira-kira jam 11 malam pada 16 September 2023.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa bawah usia 12 tahun.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat.

Pertuduhan dibaca bersama mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Rhozariah Mohd manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh telah ditahan polis pada Selasa lepas selepas menerima laporan berhubung kejadian itu.

Mengikut laporan, tertuduh memanggil mangsa di ruang tamu rumah dan meminta bantuannya untuk mengorek telinga sebelum secara tiba-tiba menarik mangsa naik ke bilik dan merogol mangsa.